Ketahui Tanda Awal Penyebab Kanser Rahim
Penyakit kanser rahim adalah salah satu penyakit kanser yang amat digeruni oleh kaum wanita. Rahim juga diibarat sebagai ‘enjin’ bagi wanita. Jika rosak memang tidak akan ada gantinya. Bukan itu sahaja, rahim juga adalah suatu anugerah terindah buat wanita kerana ia bagaikan NADI bagi seorang WANITA.
Malah ada yang terpaksa membuang rahimnya akibat penyakit pangkal rahim. Jika terpaksa berbuat demikian, wanita itu dianggap tidak sempurna kerana ‘kilang’ ini tidak boleh beroperasi seperti biasa.
Mempunyai rahim yang sihat akan menjadikan wanita itu tampil sihat, cantik, cergas dan sempurna segalanya.
Jika anda mengalami salah satu tanda awal penyakit merbahaya ini, segeralah bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut.
1. Alami sakit tumit
Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ni lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2. Kerap kencing atau kencing tak lawas
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Terkena jangkitan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
3. Sakit telapak Kaki
Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
4. Sering alami kembung perut
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
5. Kerap sakit pinggang
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ni lebih kurang macam lenguh dan rasa senggugut juga, tapi diluar waktu datang bulan.
6. Sakit ketika melakukan hubungan intim
Sakit ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh.
7. Sakit di bahagian ari-ari
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
8. Alami kentut vagina
Sering mengalami kentut vagina. Jika ini terjadi bermakna rahim ada bermasalah dan vagina kembang. .
9. Vagina sentiasa dalam keadaan basah
Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Tip:
Bagi yang masih belum berkahwin, anda disarankan membuat pemeriksaan rahim sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Bagi mereka yang sudah berkahwin, selalulah buat pemeriksaan pap smear.
Sumber: hijabista.com.my & google (gambar)