Tip Menyimpan Rempah Ratus
Setiap dapur mesti mempunyai rempah ratus yang disimpan bagi memudahkan proses memasak. Rempah ratus digunakan sebagai penyedap dan penambah aroma masakan. Tahukah anda bahawa ketahanan dan kualiti rempah ratus itu dipengaruhi daripada cara menyimpannya? Jom kita lihat bagaimana cara yang betul dalam menyimpan rempah ratus di dapur agar tahan lebih lama.
1. Elakkan rempah ratus daripada terkena pancaran cahaya matahari secara terus dan simpannya pada suhu bilik. Panas cahaya matahari boleh menyebabkan rempah ratus berubah warna dan cepat rosak.
2. Rempah ratus biji-bijian seperti buah keras, lada hitam, ketumbar, buah pelaga dan bunga cengkih cepat bercendawan. Atasi situasi ini dengan menyimpan rempah ratus jenis ini dalam botol atau bekas kedap udara yang kering. Jangan lupa labelkan nama rempah dan tarikh anda menyimpannya.
3. Untuk rempah ratus berjenis serbuk pula, gunakan bekas kedap udara dan betul-betul kering. Simpannya di dalam kabinet yang bersuhu bilik. Catatkan juga tarikh anda menyimpannya.
4. Rempah ratus giling perlu disimpan di dalam bekas yang bertutup. Kemudian, bungkus di dalam plastik yang berzip bagi mengekalkan kesegarannya sebelum simpan di dalam peti sejuk.
5. Jangan menyimpan rempah ratus berdekatan dengan peralatan yang panas seperti ketuhar, dapur gas atau ketuhar gelombang mikro.
6. Apabila ingin menggunakan rempah ratus, cedok dengan sudu yang kering. Lembapan akan menyebabkan rempah ratus cepat berkulat. Perhatikan warna rempah ratus tersebut. Jika warnanya berubah, itu adalah tanda rempah ratus tersebut telah berkulat.
Sumber: Sinar Harian (16 April) & Google (gambar)

