Cara Pelihara Kulit Ketika Cuaca Sejuk Dan Kering
Ketika cuaca sejuk atau ketika peredaran cuaca, ia akan membuatkan kulit kita tidak bermaya, kusam dan kering. Bagaimana cara untuk menjaga dan melindungi kulit ketika cuaca sebegini? Ikuti tips ini.
1. Pakai pelembap
Jangan lupa memakai pelembap lebih daripada kebiasaannya. Cuaca sejuk akan cepat mengeringkan lembapan pada kulit. Jadi, carilah lembapan yang membantu memberikan hidrasi yang mencukupi untuk kulit.
2. Tabir suria
Walaupun cuaca sejuk dan tidak terik, jangan sesekali tinggalkan tabir suria. Cuba amalkan broad-spectrum sunscreen sekitar wajah dan tangan 30 minit sebelum keluar rumah.
3. Lindungi mata
Bahagian mata adalah antara bahagian kulit yang paling terkesan jika dehidrasi. Rehatkan mata dengan tekapkan uncang teh basah atau timun selama yang boleh. Sapukan juga krim mata selepas itu.
4. Lindungi tangan
Tangan adalah anggota badan yang mempunyai kulit paling nipis dan paling kurang kelenjar minyak berbanding bahagian badan yang lain. Agak sukar untuk mengekalkan kelembapan tangan ketika cuaca sejuk dan kering. Selain daripada memakai losyen, pakailah sarung tangan kapas bagi melindunginya.
5. Minum banyak air putih
Jalan terbaik untuk menggantikan lembapan di dalam dan luar badan.
Sumber: intrend.com.my & Google (gambar)






