Masalah Aquaphobia atau takut pada air ini disebabkan pengalaman ketika masa lalu yang berada dalam pemikiran seseorang dan membuatkannya takut.

Fobia ini akan menyebabkan seseorang mengelak untuk berenang. Bagi mereka yang mempunyai fobia ini, pastinya ke pantai atau laut membuatkan mereka berubah menjadi cemas dan panik. Rasa takut terhadap air akan muncul dalam diam dan di bawah para sedar. Namun, mereka tidak pernah takut akan baldi air atau pun bekas berisi air. Hal ini akan mengganggu kehidupan seharian mereka dan kadang-kadang diluar pengawalan mereka.

RASA TAKUT PADA AIR 

Apabila seseorang itu takut kepada air, situasi ini kenali sebagai aquaphobia. Ini adalah fobia umum yang berkaitan dengan air atau tenggelam. Fobia ini boleh mempengaruhi seseorang melalui pelbagai cara. Salah satu fobia yang paling umum adalah ketika seseorang masuk ke dalam air seperti kolam renang, laut bahkan ketika nak mandi. Mereka akan mengelak dari berdekatan dengan perahu dan kapal kerana aquaphobia akan memberi signal gelisah. Terkena siraman air dengan tiba-tiba juga akan membuatkan penderita aquaphobia mengalami histeria.

PENYEBAB DAN GEJALA AQUAPHOBIA 

Tiada penyebab spesifik untuk aquaphobia ini. Ketakutan ini mungkin muncul kerana memori mereka sewaktu usia kecil yang berkaitan dengan air. Rasa takut tenggelam yang menimbulkan fobia air. Penderita kurang kepercayaan diri dapat menimbulkan badan dan takut tenggelam. Seseorang yang pernah kehilangan segalanya ketika banjir juga akan menderita fobia ini. Kadang-kadang, penderita fobia ini tidak akan memasukkan badan mereka ke dalam air kerana takut pada ikan pemangsa dan haiwan lautan lain yang menakutkan. Apa penyebab sebenar yang mendatangkan aquaphobia ini masih tidak dapat dipastikan.

Antara gejala aquaphobia adalah

  • Sesak nafas
  • Peluh berlebihan
  • Mulut kering
  • Tubuh menggigil kerana takut
  • Denyutan jantung laju
  • Tidak mampu berkomunikasi
  • Cemas
  • Hilang kawalan sehingga menjerit atau melemparkan barang disekitarnya

BAGAIMANA CARA MENGATASINYA? 

Aquaphobia boleh dibantu melalui pelbagai rawatan terapi. Rawatan terapi ini meliputi terapi psikologis dan juga hipnotis. Terapi ini penting bagi memberi keyakinan pada diri dan mengambil langkah-langkah kecil dalam mengatasi fobia air.

Cuba untuk jalan di sepanjang kolam renang atau pantai. Kemudian, buatkan kaki anda basah ketika berjalan sekitarnya. Fahami istilah pelampung dan terapung yang akan membantu anda kekal bertahan di atas air tanpa tenggelam. Terima baik semua strategi yang disarankan oleh pakar psikologi untuk mengatasi fobia air dan mempercepatkan proses pembaikan diri.

Belajar untuk hadapi ketakutan anda. Jangan biarkan fikiran anda mengawal tindak laku anda. Mintalah bantuan daripada rakan-rakan anda tentang masalah fobia air anda. Selepas ini, anda boleh mengawal fobia ini dan menjalani kehidupan bebas!

 

Sumber: vartikel.com & Google (gambar)