Berapa Kerap Tuala Mandi Anda Dibasuh?
Tuala mandi mahupun tuala dapur merupakan antara elemen utama yang boleh diukur tahap kebersihannya. Ada sesetengah daripada kita yang terlampau fobia tentang kebersihan tuala akan membasuhnya setiap kali setelah menggunakannya.
Membasuh tuala setiap kali digunakan adalah cara yang di luar kebiasaan dan bukanlah satu keperluan yang wajib untuk dilakukan, mengikut pandangan yang diberikan oleh Carolyn Forte, Pengarah Makmal Kebersihan di Good Housekeeping Institute.
Nasihat beliau adalah, seseorang itu sebaiknya menggantungkan tuala pada tempat bersesuaian seperti towel bar dan pastikan ia benar-benar kering sepenuhnya. Dalam keadaan itu, tuala mandi boleh digunakan sebanyak tiga kali atau lebih sebelum anda merancang untuk membasuhnya.
Perbuatan kerap membasuh dan mengeringkan tuala akan membuatkan material tersebut cepat lusuh dan rosak. Malah, cara sebegitu akan menambah kos energi dan masa.
Akan tetapi, tuala tangan dan tuala dapur yang mudah kotor dan digunakan lebih dari sekali sebaiknya dibersihkan dengan kerap. Pemilik kediaman haruslah sentiasa menukar tuala dapur atau tuala tangan setiap beberapa hari dan lebih baik setiap hari.
Air panas selamat untuk fabrik tuala. Basuh tuala dengan air panas jika anda mendapati tuala anda memiliki bau yang kurang menyenangkan. Setelah itu tambahkan satu atau dua cuka putih dan basuh semula dengan pencuci baju seperti biasa selepas dibiarkan seketika. Elakkan dari menggunakan pelembut fabrik untuk tuala kerana cecair tersebut akan mengganggu kemampuan fabrik menyerap dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang.
Kesihatan keluarga adalah penting dan kita semua perlu mengambil berat tentang kebersihan bermula dari rumah.
Sumber: impiana.my & Google (gambar)



