Tip Mencuci Bantal
Bagi menjaga keadaan bantal untuk kekal bersih, anda akan menjemurnya di bawah sinar matahari. Jika ada sedikit kotor pun, anda akan mengibarkannya untuk menghilangkan debu dan kotoran yang ada. Namun, cara ini tidak cukup.
Bantal juga perlu dicuci. Sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini kerana selama anda memakai bantal anda, banyak kotoran seperti debu dan sel-sel kulit mati akan melekat.
Bahkan, bantal juga akan menyerap peluh dan minyak dari kulit tubuh. Jika bantal lembap di bahagian dalam, bantal akan ditumbuhi bakteria.
Sebelum membersihkan bantal, ikuti langkah ini terlebih dahulu.
- Periksa keadaan bantal terlebih dahulu dengan meratakan bantal agar isi dalamnya tidak tertumpu kepada satu sudut sahaja. Kemudian, lipat bantal menjadi dua bahagian dan lepaskan. Jika bantal kembali ke bentuk asal, ini bererti keadaannya masih elok. Jika tetapt terlipat, sudah tiba masanya anda mengganti isi dalamnya.
- Pastikan jenis isi dalam bantal anda. Bahan yang berbeza seperti kekabu, kapas atau silikon memerlukan cara membasuh yang berbeza.
- Periksa cara membasuh yang terdapat pada label di bantal anda. Setiap bantal fabrik akan mempunyai petunjuk bagaimana untuk mencuci mengikut kesesuaian bahan bantal tersebut.
- Pastikan tiada lubang pada bantal anda untuk mengelakkan isi bantal terburai sewaktu dicuci. Jika ada lubang, tampal atau jahit terlebih dahulu sebelum dicuci.
Kemudian, anda boleh mencuci bantal anda dengan tangan atau mesin basuh. Yang penting apa jenis alat yang anda gunakan, pastikan ianya cukup besar sehingga bantal boleh terendam sepenuhnya.
Gunakan sabun pencuci cair yang ringan dan tidak terlalu banyak. Sabun pencuci yang terlalu banyak akan mengakibatkan anda perlu membilasnya berkali-kali untuk menghilangkan sisa-sisa bahan pencuci tersebut. Air panas boleh membantu membunuh bakteria yang ada.
Setelah itu, cuci bantal anda dengan langkah berikut.
- Jika anda mencuci dengan tangan, pastikan bantal cukup terendam dalam air panas yang sudah dicampurkan dengan sabun pencuci cair selama kurang dari 30 minit. Kemudian, bilas sekurang-kurangnya 3 kali agar sisa-sisa sabun pencuci betul-betul hilang.
- Jika anda mencuci menggunakan mesin basuh, pastikan bantal anda cukup direndam sepenuhnya dalam air panas dan set masa 10 minit dan tahap putaran rendah pada mesin basuh anda. Selepas dicuci, bilas hingga bersih.
Selain daripada cara mencuci, cara mengeringkan bantal juga perlu anda ketahui.
- Perah bantal dengan cara menekannya. Jangan perah dengan memusingkan bantal kerana khuatir akan mengubah bentuk asalnya.
- Jika anda menggunakan pengering, keringkan dengan angin-angin sahaja.
- Jemur bantal.
- Pastikan bantal kering sempurna baik bahagian luar dan dalam. Bantal yang masih basah dan lembap akan membuatkan bakteria membiak di dalam bantal.
Sumber: rumah.com & Google (gambar)

