Resepi: Biskut Peanut Butter
Sempena Peanut Butter Cookies Day, jom lihat bagaimana cara nak membuat Biskut Peanut Butter ini. Rupa-rupanya, mudah sahaja. Boleh lah jadikan biskut ini biskut raya. Kan jimat!
Bahan yang diperlukan:
- 1 1/2 cawan mentega kacang (peanut butter)
- 1 cawan gula perang
- 1/2 cawan mentega
- 1 biji telur
- 1 1/2 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu teh serbuk penaik
Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 350 darjah. Dalam mangkuk sederhana, gaul tepung serbaguna dan serbuk penaik. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, pukul mentega kacang, gula dan mentega sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit.
- Ambil doh menggunakan sudu besar dan bulatkan doh. Susun doh 2 inci dari doh yang lain di atas kertas pembakar. Gunakan garfu untuk meleperkan doh tadi ke 1/2 inci tebal.
- Bakar biskut dan putarkannya dipertengahan sehingga warna keemasan atau 18 hingga 22 minit. Biarkan biskut sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: marthastewart.com & pinterest (gambar)

