Sempena Peanut Butter Cookies Day, jom lihat bagaimana cara nak membuat Biskut Peanut Butter ini. Rupa-rupanya, mudah sahaja. Boleh lah jadikan biskut ini biskut raya. Kan jimat!

Bahan yang diperlukan:

  • 1 1/2 cawan mentega kacang (peanut butter)
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh serbuk penaik

Cara membuatnya: 

  1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah. Dalam mangkuk sederhana, gaul tepung serbaguna dan serbuk penaik. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega kacang, gula dan mentega sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit.
  3. Ambil doh menggunakan sudu besar dan bulatkan doh. Susun doh 2 inci dari doh yang lain di atas kertas pembakar. Gunakan garfu untuk meleperkan doh tadi ke 1/2 inci tebal.
  4. Bakar biskut dan putarkannya dipertengahan sehingga warna keemasan atau 18 hingga 22 minit. Biarkan biskut sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: marthastewart.com & pinterest (gambar)