Tadaaaa! Kali ini kami kongsikan resepi yang berasaskan mi pulak iaitu resepi Mi Rebus Daging. Senang je nak buat ni. Apa lagi, boleh lah cuba dan hidangkan pada tetamu yang datang bertandang di hujung minggu. Ini pun boleh jadi resepi memikat mertua tau!

Bahan yang diperlukan:

  • 1kg mi kuning | dicelur
  • 2 tangkai daun sup | dihiris kasar
  • 1 biji limau nipis  | dihiris
  • 2 biji cili hijau | dihiris
  • Bawang goreng secukupnya
  • 2 biji telur rebus | dibelah dua
  • 2 keping tauhu goreng | dihiris nipis

Bahan kuah

  • 2 biji keledek oren  saiz sederhana | dibuangkan kulit
  • 250gm daging | dihiris
  • 3 biji bawang besar | kisar halus
  • 4 ulas bawang putih | kisar halus
  • 6cm halia | kisar halus
  • 1.5cm kunyit hidup | kisar halus
  • 2 biji  tomato |potong dadu
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan tepung jagung.
  • 4 sudu makan udang geragau kering | ditumbuk halus
  • 100ml air asam jawa
  • 1 liter air rebusan
  • Minyak memasak untuk menumis
  • Garam dan  gula secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Rebus ubi keledek hingga masak dan lenyekkan.
  2. Di dalam periuk besar, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kisar dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging.
  3. Kemudian masukan serbuk kari daging dan serbuk jintan putih.  Kacau hingga sebati.
  4. Masukan buah tomato dan air rebusan. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Seterusnya  masukkan keledek yang sudah dilenyekkan. Kacau sehingga kuah kelihatan sedikit pekat dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  6. Masukkan udang geragau yang telah ditumbuk ke dalam kuah dan pastikan sentiasa dikacau supaya keledek tidak melekat di dasar  periuk.
  7. Masak sehingga daging empuk dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
  8. Hidangkannya bersama mi kuning dan bahan-bahan sampingan lain.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)