Petua Tradisional Atasi Ketiak Gelap. Senang Gila Nak Buat!
Ramai wanita yang mengeluh apabila berbicara tentang ketiak gelap. Perkara ini boleh membuatkan wanita hilang keyakinan diri, tidak selesa dan berasa malu. Kebanyakan wanita mengalami masalah ini selepas bersalin, disebabkan tabiat mencukur bulu ketiak atau penggunaan deodoran yang tidak sesuai dengan kulit.
Walaupun ia berada di tempat yang sulit dan tersembunyi, tetapi kesan gelap ini boleh mencacatkan penampilan, terutama mereka yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan. Bagi yang bertudung juga tidak terkecuali. Jangan risau, semua ini boleh diatasi dengan beberapa petua tradisional.
Bagi mereka yang sedang mengalami masalah ini, cuba tip berikut:-
-
Limau
Caranya: Perah sebiji limau dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak sehingga rata dan biarkan selama 10-15 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan secara berkala 3 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.
-
Bengkuang
Caranya: Parutkan bengkuang dan letakkan pada kulit. Biarkan seketika sebelum dibilas.
-
Betik
Caranya: Parut betik sehingga halus, dan letakkan pada kulit dan biarkan sekitar 15 minit. Seeloknya dilakukan selepas mandi ketika kulit masih segar dan bersih.
Sumber: rapi.karangkraf.my & google (gambar)

