Bahayanya Batuk Kering!
Batuk kering atau TB terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman ‘tubercle bacilli’ yang disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai ‘pulmonary tuberculosis’. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana lapan juta mempunyai jangkitan yang aktif.
Tanda-Tanda
- Batuk berpanjangan selama dua minggu atau lebih
- Batuk berdarah
- Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
- Mudah letih dan lemah
- Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
- Hilang selera makan atau turun berat badan
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, anda perlu mendapatkan ujian kahak di klinik atau hospital serta melakukan ujian sinaran X (x-ray). Sekiranya tidak dikesan, virusnya boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit juga dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Cara Pencegahan
- Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering yang diberikan sewaktu bayi dan murid darjah satu sekiranya tiada parut suntikan.
- Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama dua minggu atau lebih.
- Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
- Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
- Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana dapat membunuh bakteria di udara.
- Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik.
Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

