Terkejut setiap kali bangun tidur sebab melihat rambut ibarat sarang rambut. Ia adalah masalah yang dihadapi oleh semua wanita pada pagi hari. Tetapi tidak mustahil untuk dapatkan rambut yang sempurna setiap kali anda bangun pagi.

Jom kita lihat helah untuk mendapatkan rambut yang sempurna selepas bangun dari tidur.

Sapukan Beberapa Titik Minyak Kelapa

Sapukan minyak kelapa di hujung rambut anda untuk membantu menghilangkan kesan statik dan juga membantu membuatkan rambut anda berkilat. Hanya gunakan dalam jumlah yang kecil dan elakkan dari terkena kulit kepala.

Sapukan Losyen Badan

Setitik losyen badan boleh membantu untuk menyuburkan rambut anda semasa anda tidur. Sapukan sedikit losyen pada rambut anda. Tumpukan pada bahagian hujung rambut. Kemudian sikat rambut anda.

Sapukan Gel Lidah Buaya Sebelum Tidur

Campurkan sedikit gel lidah buaya dengan air mineral dan sapukan pada rambut anda sebelum tidur. Daun lidah buaya adalah ubat yang sempurna untuk melembapkan hujung rambut anda dan juga mengawal statik pada rambut akibat geseran.

Gunakan Produk Penjagaan Bayi

Produk penjagaan bayi seperti minyak dan semburan detangler diperbuat daripada bahan semulajadi dan ia lebih lembut berbanding produk yang sama dicipta untuk individu dewasa. Cuba cuci rambut anda dengan syampu bayi dan sapukan minyak bayi pada rambut anda terutama sekali pada hujung rambut. Esok paginya, rambut anda akan kekal lembut dan berbau seperti bayi.

Gunakan Bedak Talkum Untuk Mendapatkan Gaya Rambut Beralun

Jika anda ingin bangun dengan rambut yang beralun pada waktu pagi, taburkan sedikit bedak bayi pada akar rambut anda untuk menghilangkan minyak. Sikat rambut anda dan ikat rambut anda dengan gaya tocang.

Tocang Rambut Sebelum Tidur

Tocang rambut anda untuk mengelakkan rambut kerinting dan statik yang disebabkan oleh cadar. Ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah rambut kusut. Anda hanya boleh tocang rambut anda apabila ia kering atau lembap. Jika anda mempunyai rambut yang lurus, tocang rambut anda seperti biasa dan jika anda mempunyai rambut yang kerinting, anda boleh menggunakan gaya tocang twist. Tidak kira jenis tocang apa yang anda pilih, pastikan ia tidak terlalu ketat.

Ikat Siput

Jika anda mempunyai rambut yang sangat panjang, anda boleh mengikat rambut anda dengan gaya siput. Ikat rambut anda dengan gaya ekor kuda dan kemudian gulungkan rambut anda seperti bentuk roti bulat. Rambut anda akan bebas kerinting dan juga akan kelihatan bersinar di waktu pagi.

 

Gunakan Aksesori Rambut Plastik

Aksesori rambut yang diperbuat daripada plastik adalah pilihan yang terbaik untuk mengawal rambut anda terutama sekali rambut depan, pada waktu malam. Lupakan aksesori logam kerana ia akan menyebabkan rambut anda mudah putus semasa tidur.

 

Gunakan Stoking Nilon Pada Rambut Anda

Helah ini akan menjamin anda mendapatkan rambut yang lembut dan licin apabila bangun pada waktu pagi.  Pertama, sikat rambut anda dan ikat gaya siput (bun). Kemudian, gunakan stokin nilon anda sebagai topi tidur dan kemaskan dengan menggunakan pin bobby. Rambut anda akan lebih terurus pada esok paginya.

Gunakan Sarung Bantal Sutera

Tidur beralaskan sarung bantal dan cadar dari material satin dan sutera dapat membantu mengurangkan geseran pada rambut yang menyebabkan kerosakan, rambut bercabang dan keguguran rambut. Material ini juga sesuai untuk rambut kerinting. Selain itu, anda juga boleh cuba membalut rambut anda dengan selendang sutera sebelum tidur. Ini dapat membantu rambut anda dari menjadi serabai di pagi hari.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)