Bila membayangkan sahaja sudah terasa kelazatan jagung rebus. Jagung rebus memang sedap dimakan. Lebih-lebih lagi jika isinya manis dan rangup. Ada kalanya kita terfikir kenapa jagung rebus yang dimasak di rumah tidak seenak seperti yang dijual di pasar malam.

Jom ikut langkah berikut untuk dapatkan jagung rebus yang manis dan sedap.

Bahan yang digunakan: 

  • Jagung segar | dibersihkan dan dibuang sedikit kulit
  • Gula
  • Garam
  • Air secukupnya

Caranya: 

  1. Masukkan jagung ke dalam periuk dan masukkan air sehingga menenggelamkan jagung.
  2. Seterusnya tambahkan sedikit garam dan rebus sehingga jagung separuh masak.
  3. Kemudian masukkan sedikit gula. Rebus sehingga jagung masak sepenuhnya.
  4. Angkat jagung, toskan airnya & sedia untuk dihidangkan.

Sumber: rasa.my & google (gambar)