Realitinya ruang dapur kini terlihat begitu lengkap dengan pelbagai alatan memasak moden bagi memudahkan tugas seorang ibu dalam menyediakan hidangan untuk seisi keluarga. Ini secara tidak langsung turut memberi gaya pada penampilan ruang dapur untuk tampak lebih eksklusif.

Begitu juga halnya dalam pemilihan dapur gas, terdapat pelbagai bentuk, saiz dan material berbeza bagi memenuhi permintaan pasaran masa kini. Salah satu jenis dapur gas yang popular adalah daripada jenis kaca atau juga dipanggil tempered glass.  Dapur gas kaca memang dilihat  lebih cantik, moden dan bergaya.

Namun begitu, ramai pengguna tidak tahu cara membersihkan dapur gas kaca dengan cara yang betul. Jom lihat apakah cara yang betul dalam penggunaan dapur gas kaca.

1. Pastikan dapur gas kaca telah dipasang secara binaan dalam, sebelum digunakan. Jangan meletakkan dapur kaca di atas permukaan kaunter top kerana ia memerlukan ruang untuk pengudaraan dan pengaliran haba.

2.    Setiap kali selepas memasak, jangan terus dibersihkan walaupun keadaan dapur gas anda ketika itu comot akibat ada kesan kuah tertumpah atau sebagainya. Sebenarnya lap dapur gas kaca dengan kain basah ketika masih lagi panas adalah punca dapur kaca itu akan retak dan berkecai.

3.    Setelah permukaan dapur gas kaca sejuk barulah dibersihkan dengan menggunakan kain lembap.

4.    Gunakan sedikit bahan pencuci untuk kesan permukaan kaca tampak berkilau dan bersih.

5.    Jangan sekali-kali meletakkan beban berat seperti periuk, kuali atau sebagainya di atas permukaan dapur gas kaca.

Sumber: www.keluarga.my & google (gambar)