Bau daging lembu akan menjejaskan rasa makanan. Oleh itu daging lembu yang mempunyai bau hamis perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini dan salah satunya ialah dengan menggunakan tepung gandum.

Bagaimana caranya?

1.  Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang anda gemari.

2.  Masukkan ke dalam bekas dan taburkan tepung gandum. Jumlah tepung bergantung kepada kuantiti daging yang anda hendak masak. Biarkan seketika.

3.  Kemudian bersihkan daging dan toskan airnya. Boleh dimasak mengikut kesukaan anda.

4.  Hasilnya daging tadi tidak berbau hamis dan lebih bersih.

Sumber: rasa.my & google (gambar)