Psoriasis sejenis penyakit kulit yang serius dan boleh menyebabkan penghidap tidak selesa dan runsing. Penyakit ini akan menyebabkan tompokan merah pada sebahagian atau seluruh badan, malah kulit pesakit akan bersisik serta boleh mengelupas sekiranya digaru.

Penyakit ini juga menyebabkan gatal-gatal manakala tompok merah tersebut boleh berair dan bernanah. Penyakit ini boleh dihidapi oleh semua peringkat masyarakat. Psoriasis merebak ke kulit kepala, siku, lutut, kuku, kaki dan sendi dan merebak secara perlahan apabila sel kulit tumbuh atau membesar lebih cepat sehingga 30 kali ganda berbanding 26 dan 28 hari bagi kulit normal. Sel kulit yang tumbuh lebih cepat itu menyebabkan ia bergerak ke bahagian atas permukaan kulit sehingga menghasilkan sisik tebal yang jelas. Kulit pesakit akan bersisik kering dan mengelupas, dan kupingnya mudah tertanggal. Pada kulit kepala pula, psoriasis menyebabkan kelemumur yang banyak.

Punca Psoriasis

  • Kesan jangkitan bakteria pada kulit
  • Masalah tekanan perasaan atau emosi yang serius.
  • Jangkitan dan masalah sakit kerongkong.
  • Kecederaan atau terdedah pada sinaran matahari terlalu lama
  • Kesan rawatan atau pembedahan tertentu.
  • Kesan sampingan pengambilan ubat tertentu seperti Litium dan ubat bagi masalah tekanan darah.
  • Keturunan

Psoriasis, bagaimanapun, tidak berjangkit sama ada menerusi sentuhan, berkongsi pinggan  atau tempat tidur.

Tanda awal Psoriasis

  • Gatal-gatal,
  • Berkelemumur
  • Ditumbuhi bintik di bahagian tertentu yang tidak hilang

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)