Sayuran bukan sahaja untuk dimakan, malah mampu menjadikan sebagai masker bagi rawatan kulit muka. Tetapi harus diingatkan bahawa sayur-sayuran yang digunakan mestilah sayur organik dan bebas dari racun perosak.

Antara sayur-sayuran yang sesuai dijadikan masker.

Bayam

Sayuran berwarna hijau yang sesuai digunakan adalah sayur bayam dengan tambahan jagung manis berkhasiat untuk menghaluskan kulit wajah jika disapukan sebagai masker. Cara membuat masker bayam iaitu pertama sekali dengan menumbuk atau mengisar segenggam daun bayam hingga halus kemudian sapukan ke seluruh wajah. Diamkan selama beberapa saat kemudian bilas dengan air bersih.

Brokoli

Brokoli juga sesuai untuk dijadikan masker. Brokoli berkhasiat untuk mengurangkan risiko anti penuaan, bahagian yang digunakan dalam masker adalah bahagian batangnya. Caranya, parut batang brokoli yang telah dicuci dan campurkan dengan madu dan yogurt. Sapukan pada wajah, diamkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.

Lobak Merah

Lobak merah mengandung vitamin A beta carotene yang baik untuk melembutkan kulit. Cara menggunakan masker lobak merah adalah dengan mengisar lobak merah sehalusnya, lalu tambahkan madu dan sapukan pada wajah. Tunggu sekitar setengah jam kemudian bilas dengan air hingga bersih. Lakukan rawatan ini secara kerap untuk melihat hasilnya.

 

Sumber : http://www.bintang.com dan google (gambar)