Memang letih bila ada anak kecil yang nak didukung 24 jam. Pantang letak sekejap, boleh nangis sepanjang hari. Jika mengadap si kecil, satu kerja pun tak dapat nak buat. Memang boleh naik pening para ibu dibuatnya.

Dilema ni pasti dialami oleh ibu-ibu yang mempunyai anak yang suka berdukung dan tidak mahu berenggang. Berikut adalah cara untuk mengatasinya hasil perkongsian oleh Maryam Jamadi, yang merupakan seorang ‘Occupational Therapist’.

  1. Kena selalu bercakap dengan bayi walaupun dia tak faham

    Bagitahu si kecil yang anda hendak ke tandas, nak pergi makan, atau nak kemana-mana. Lama-kelamaan dia akan faham yang makan dekat dapur, tandas di mana dan sebagainya.

  2. Ajar konsep “bye- bye”Bila kita ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi tandas/dapur ni”. Kalau baru-baru memang dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap je main cak-cak dengan dia. Bila dah selalu buat, dia dah faham konsep “bye” baru boleh pergi lama sikit.
  3. Alih perhatian
    Kalau punca berdukung sebab bosan, bagi dia pegang apa-apa barang baru yang selamat. Contoh ke dapur, bagi main senduk, tupperware, bekas bekas yang selamat untuk alihkan perasaan nak berdukung.
  4. Bawa mainan 
    Kalau pergi mana-mana, bawa mainan yang dia biasa main untuk dia rasa selamat macam rumah. Boleh kurangkan ini bila anak dah boleh selesa dengan tempat baru.
  5. Bermain dengan si kecil  
    Bagi yang dah pandai merangkak atau berjalan, selalulah main kejar-kejar dengan dia. Bila dia datang dekat nak dukung, kita lari sambil bergurau.
  6. Biarkan mereka seketika  
    Kalau bayi minta dukung tapi kita cakap ada kerja nak buat. Biarkan dia menangis. Jangan pandang langsung, muka senyum relaks je. Lepas dah siap kerja, cakap dengan dia, “ok dah siap” sambil pandang anak. Masa ini baru boleh lah anda pergi ke anak anda. Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa pergi pada anak. Lama-lama anak akan percaya yang kita tak abaikan pun dia, cuma ada kerja sekejap.

Sumber: mingguanwanita.my & google (gambar)