Makanan yang sihat bermula dengan alatan memasak yang tepat dan tidak akan merosakkan kandungan nutrisi makanan yang anda ambil. Untuk mengelakkan masalah kesihatan lain, anda perlu membersihkan alat memasak dengan cara yang betul. Jom lihat tip berikut:-

Papan Pemotong

  • Jangan sesekali memotong ayam, daging dan sayuran menggunakan papan pemotong yang sama. Sebaiknya, sediakan sekurang-kurangnya dua papan pemotong di rumah. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan pencemaran antara sayuran dan daging. Selain itu, pilih bahan pemotong yang diperbuat daripada kayu kerana papan pemotong plastik boleh menyebabkan plastik terhiris dan mencemarkan makanan.

    Tip: Bersihkan papan pemotong dengan larutan sabun dan air suam. Keringkan segera.

Pisau Yang Tajam

  • Menurut penulis buku Fantastic Cooking Chef Rinrin Marinka, pisau yang tumpul boleh melukakan tangan. Contohnya, ketika memotong tomato yang permukaan licin. Jadi, pilih pisau seramik atau stainless steel kerana ia akan memudahkan proses memotong dan juga tidak akan mengubah warna makanan.

    Tip: Cuci pisau dan keringkan. Sebaiknya, pisau stainless steel diasah setiap hari terutamanya selepas menggunakannya.

Periuk

  • Periuk juga memainkan peranan dalam jenis masakan yang anda masak. Begitu juga dengan alat pemanggang yang membuatkan anda lebih mudah untuk membersihkan. Namun, anda perlu perhatikan bahan anti lekat yang boleh membahayakan dan mengeluarkan racun.

    Tip: Untuk periuk jenis ini, anda perlu membersihkan dengan menggunakan span yang lembut agar bahan merkuri tidak tertanggal dan bahaya untuk tubuh badan anda.

Alat Pengukus

  • Selain dimakan mentah, cara terbaik untuk memasak sayuran adalah dengan mengukus. Pilih alat pengukus dari bahan stainless steel dan lebih praktikal dengan alat pengukus yang fleksibel.

    Tip: Bersihkan alat pengukus dengan menggunakan berus yang khusus agar ia mudah dibersihkan pada bahagian tertentu.

Mesin Pengisar/Food Processor

  • Adalah lebih baik jika anda boleh menyediakan makanan menggunakan bahan asli daripada membeli makanan dalam tin. Melalui food processor, anda boleh membuat mayonis, puri sayuran dan buah, sos dan sebagainya.

    Tip: Cuci mesin pengisar/food processor dengan berus yang khusus agar ia menjangkau bahagian tertentu. Keringkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang bau atau bakteria.

Bekas Yang Diulang Pakai

  • Untuk memudahkan anda memasak makanan pada waktu yang sibuk, anda boleh menyimpankan bahan makan segar di dalam bekas yang tertutup rapat dan diulang pakai. Pilih bekas kaca atau pastik yang sesuai digunakan pada ketuhar.

    Tip: Bersihkan bekas dengan sabun dan air suam. Gunakan span halus agar tidak memberi goresan pada bekas. Keringkan segera untuk mengelakkan bakteria membiak.

 

Sumber: rasa.my & google (gambar)