Apa Maksud Di Sebalik Tempat Tumbuh Jerawat?
Antara masalah kulit yang paling tidak disukai oleh wanita adalah jerawat. Apabila kulit muka ditumbuhi jerawat boleh membuatkan wanita rasa tidak selesa dan keyakinan diri menurun. Jerawat bukan sahaja tumbuh pada wajah tapi ada yang kena’serang’ di tubuh. Dan anda wajib tahu tempat tumbuh jerawat ada maksud tersendiri. Jom bongkar rahsia ini dan belajar cara atasi…
Pipi
- Dapatkan nasihat doktor, ada kala ubat yang diambil menyebabkan hormon tidak seimbang seperti pil perancang keluarga.
- Jika wajah anda selalu terdedah kepada habuk dan cahaya matahari akibat kerja luar, utamakan kebersihan wajah setiap hari.
- Pastikan barang seperti telefon bimbit, sarung bantal dan berus mekap bersih.
Hidung & Zon-T
Zon-T adalah kawasan muka di antara 2 kening dan hidung. Bahagian ini terdapat banyak kalenjar minyak berbanding bahagian lain pada wajah. Tak hairanlah jerawat lebih selalu ‘naik’ pada bahagian ini. Jerawat pada hidung dikaitkan dengan tahap kesihatan buah pinggang dan hati.
- Pastikan anda menjaga pemakanan
- Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam
- Pilih sumber protein yang berkualiti
- Tingkatkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan
- Jauhi alkohol
Dahi
- Tidur awal dan rehatkan tubuh.
- Jika perlu, lakukan urutan untuk meredakan tekanan.
- Minum banyak air putih.
Dagu
- Bincang dengn doktor untuk membantu menetapkan kitaran haid dengan menggunakan pil perancang atau alternatif lain yang selamat.
Belakang Badan, Lengan & Peha
- Lakukan detoks sama ada mengamalkan minum air putih atau minuman detoks yang dapat membuang toksin.
- Sauna dan bersukan juga aktiviti yang dapat mengeluarkan toksin daripada tubuh.
- Jika anda berkulit sensitif, pastikan anda menggunakan bahan semulajadi.
Sekitar Anak Rambut
- Kurangkan pengambilan herba, minum air putih secukupnya.

