Hidung berdarah atau (epistaksis) akan berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Punca-punca hidung berdarah adalah:-

  • Kecederaan di hidung
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering
  • Terlalu kerap bersin

Apabila hidung berdarah, jangan panik. Kekal tenang dan ikuti langkah ini.

 

  • Duduk dan tunduk ke hadapan
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
  • Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

Sumber: myhealth.gov.my & google (gambar)