Elak Dari Perkenalkan 2 Jenis Makanan Ini Kepada Si Kecil. Ini Sebabnya…
Kebanyakan ibu bapa akan merasa teruja untuk memberikan makanan yang sihat dan selamat kepada bayi mereka yang baru belajar makan.
Menurut Pakar Pediatrik, Dr Altmann seperti dipetik dalam theasianparent.com, ada dua jenis makanan yang seharusnya dielakkan kepada bayi.
1. BIJIRIN NASI PUTIH
Bijirin nasi putih adalah pilihan yang kurang tepat untuk makanan pertama ayi menurut Dr Alrmann. Bijirin nasi putih dikatakan tiada nutrien atau rasa dan menjadi punca tabiat pemakanan yang kurang sihat pada kanak-kanak. Walaupun makanan ini mengandungi dua khasiat penting iaitu zat besi dan zink, tetapi ia tidak sama seperti yang dibekalkan oleh daging.
Bagi mereka yang masih mempercayai bijirin nasi mesti menjadi makanan pertama anak mereka, mereka boleh mempunyai alternatif lain dengan menggunakan nasi perang yang lebih berkhasiat berbanding nasi putih. Ia akan melatih tabiat pemakanan yang bagus kerana memperkenalkan anak kepada pilihan makanan yang sihat sepanjang tumbesaran mereka.
Tetapi, harus diingatkan supaya ibu bapa berhati-hati kerana nasi perang mampu menyebabkan masalah cirit-birit. Anda hendaklah memantau sistem penghadaman bayi terlebih dahulu sebelum menggabungkan pilihan makanan ini ke dalam diet mereka.
2. JUS BUAH-BUAHAN
Jangan terkejut! Jus buah-buahan sebenarnya tidak berkhasiat kepada si kecil. Ia kerana jus yang dibeli dalam kotak atau botol telah dicampur air dan gula. Pemberian minuman jus buah-buahan kepada bayi hanya akan menyebabkan pembentukan tabiat buruk si kecil yang akan ketagih pada minuman manis.
Jus buah-buahan tidak mengandungi sebarang serat dan ia sama sekali tidak boleh menjadi pengganti kepada buah-buahan segar yang sebenar. Adalah baik jika beri bayi minum air kosong apabila mereka mencapai usia 6 bulan.
Sumber: majalahpama.my & google (gambar)



