Guna Cara Ini Dan Anda Tidak Perlu Lagi Menggunakan Racun Untuk Hapuskan Anai-Anai
Anai-anai adalah sejenis serangga perosak bersaiz kecil yang membuat sarang dalam kayu atau tanah. Kayu sering dirosakkan oleh anai-anai kerana itulah makanan utamanya. Biarpun ada spesies anai-anai yang dianggap berfaedah untuk ekosistem kita, ada juga spesies anai-anai yang menjadi perosak.
Bagaimana ingin mengesan kehadiran anai-anai? Ini caranya.
1) Wujud rekahan dan lubang
Perhatikan dengan teliti jika ada rekahan pada kerangka kayu cermin mahupun pintu kediaman anda. Jika anda lihat ada selut berpasir, sah ada anai-anai yang sedang membiak!
2) Hadirnya kalkatu
Kehadiran kalkatu menunjukkan tanda bahawa bahagian rumah anda telah dihuni oleh anai-anai. Di mana kalkatu itu keluar, disitulah sarangnya.
3) Warna lantai kayu mula bertukar
Perhatikan warna kulit kayu pada lantai atai kerangka tingkap dan pitu. Jika kayu dah diserang anai-anai, ia akan berubah warna daripada coklat gelap kepada warna coklat yang lebih cair.
Ini adalah cara bagaimana ingin menghalau anai-anai yang menghuni rumah kita.
- Garam Dapur
Taburkan garam dapur di tempat sarang anai-anai. Cara ini mungkin kurang efektif kerana garam hanya akan berada di permukaan sahaja. Untuk kesan yang lebih efektif, campurkan garam dengan air dan biarkan semalaman sebelum sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
- Air Kapur Sirih
Anai-anai tidak menyukai kapur kerana kapur mempunyai sifat yang panas manakala anai-anai mempunyai kulit yang nipis dan lembut. Air kapur akan membakar kulit mereka. Sembur sahaja air kapur sirih ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau semburkan terus ke sarangnya.
- Air Cucian Beras
Semburkan atau siramkan air pertama dari basuhan beras ke atas sarang anai-anai. Ini akan menghalau anai-anai untuk terus membina sarangnya.
- Minyak Tanah
Semburkan sahaja minyak tanah di atas permukaan kayu atau sarang tempat anai-anai membiak. Elakkan daripada menyembur minyak tanah di dalam rumah kerana baunya yang agak kuat.
- Tembakau
Biarkan campuran tembakau dan air semalaman. Esoknya, sembur air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang atau terus ke sarangnya.
Sumber: impiana.my & Google (gambar)

