Kanser adalah satu penyakit berbahaya dan merupakan punca utama kematian di seluruh negara. Kanse boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira usia tua, muda, kaya, miskin, lelaki, wanita atau kanak-kanak. Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis kanser yang boleh membunuh lelaki dan wanita.

Jumlah kematian global berpunca daripada kanser adalah 13 peratus (7.4 juta) daripada semua kematian setiap tahun. Sebanyak 70% daripada kematian akibat kanser berlaku di negara yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Apabila pertumbuhan sel tidak terkawal dan merebak ia akan menjadi kanser. Pertumbuhan sel kanser ini sering menyerang tisu sekitarnya dan boleh merebak ke tempat yang lebih jauh.

Lebih daripada 100 jenis kanser yang boleh menjejaskan hampir setiap bahagian badan. Tetapi banyak juga jenis kanser yang boleh dicegah. Hanya elakkan pendedahan kepada faktor-faktor risiko kanser seperti asap tembakau.

Berikut adalah laporan dari laman WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) yang menyatakan lima jenis kanser yang membunuh lebih ramai lelaki dan wanita di seluruh dunia.

Kanser Yang Paling Bahaya Pada Lelaki

  1. Kanser paru-paru
  2. Kanser gastrik
  3. Kanser Hati
  4. Kanser kolorektal (usus besar)
  5. Kanser esofagus (tekak)

Kanser Yang Paling Bahaya Di Kalangan Wanita 

  1. Kanser payudara
  2. Kanser paru-paru
  3. Kanser gastrik
  4. Kanser kolorektal (usus besar)
  5. Kanser pangkal rahim (serviks)

Kanse serviks adalah serangan kanser yang biasa di negara-negara membangun. Punca terbesar kanser di seluruh dunia yang menyebabkan 22 peratus kematian akibat kanser adalah kerana penggunaan tembakau. Satu perlima daripada semua jenis kanser di seluruh dunia disebabkan oleh jangkitan kronik contohnya papillomavirus manusia (HPV) yang menyebabkan kanser serviks dan hepatitis B virus (HBV) yang menyebabkan kanser hati.

Namun begitu, jenis kanser yang berkaitan dengan kesihatan awam yang utama seperti kanser payudara, kanser serviks dan kolorektal boleh diubati dengan pengesanan awal dan rawatan selanjutnya.

Jika anda elakkan penggunaan tembakau, mendapatkan diet yang sihat, aktif beraktiviti fizikal dan mengambil alkohol dengan sederhana akan dapat mengurangkan lebih 30% risiko penyakit kanser. Hampir 20% daripada kematian akibat kanser di negara-negara membangun dapat dielakkan dengan imunisasi terhadap jangkita HBV dan HPV.

Sumber: melayupost.info & Google (gambar)