Selain daripada berkesan untuk sakit tekak dan ketenangan, teh juga sangat berkesan untuk menurunkan berat badan. Terdapat banyak teh untuk kurus yang dijual di pasaran sekarang tetapi keberkesanannya kadang kala meragukan.

Berikut adalah empat teh ini yang sangat berkesan untuk membantu anda hilangkan berat badan.

Teh hijau

green tea

Teh hijau tidak perlu diperkenalkan lagi. Manafaatnya bukan sahaja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit.

Kesan: Dapat membuang sel lemak.

 

Teh mint (pudina)

mint tea

Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.

Kesan: Ia dapat membantu anda mengelakkan overeating dan juga obesiti.

 

Teh putih

 

white tea

Mahu kekal kurus setelah penat-penat hilang berat badan? Banyakkan minum teh putih. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes.

Kesan: Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak.

 

Teh oolong

oolong tea

Teh ini berasal dari China dan digunakan secara meluas di sana. Teh ini memiliki komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan.

Kesan: Minum teh ini setiap hari, anda boleh menurunkan risiko obesiti.

 

Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)