Kawalan Ekpresi Wajah Lewatkan Penuaan Kulit
Antara faktor munculnya tanda penuaan pada kulit anda adalah kerana sinaran UV daripada matahari. Selain daripada sinaran UV, gaya hidup yang tidak sihat juga menyumbang kepada tanda penuaan. Jadi, mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah amat penting untuk menghalang kemunculan tanda penuaan pada kulit.
Berikut adalah senarai amalan sihat untuk lewatkan penuaan pra-matang.
Sapuan krim siang
WAJIB! Terdedah sepenuhnya di bawah sinar matahari atau separuh sahaja, anda tetap perlukan sapuan perisai krim siang sebelum melangkah keluar dari rumah. Krim siang bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kulit, malah bahan aktif yang terkandung di dalam setiap krim di pasaran kini berfungsi menjadi krim perawat pada masa yang sama. Anda juga disarankan memakai pakaian yang melindungi kulit tubuh dan mengelak daripada berdiri di bawah sinaran matahari secara terus.
Elak merokok dan pengambilan alkohol
Tembakau dan alkohol adalah punca yang paling bahaya pada kulit. Ia menghidrasikan kulit lebih cepat membuatkan anda tampak beberapa tahun lebih tua daripada usia sebenar anda.
Bersenam kerap
Kajian menunjukkan bahawa senaman ringan setiap hari dapat memperbaiki aliran darah dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Ini dapat membantu membuatkan kulit anda tampil lebih segar dan muda.
Kawal ekspresi wajah
Tabiat mengulangi ekpresi atau memek wajah yang sama memberi impak kepada otot di bawah dasar kulit. Apabila ia terulang pada otot yang sama selama beberapa tahun, ia mendorong garisan yang terhasil apabila anda tersenyum lebar misalnya menjadi kekal. Memakai kacamata membantu untuk mengurangkan kesan tekanan pada otot apabila wajah anda bergerak apabila tersenyum atau ketawa besar.
Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

