Selalunya pipi tembam ini lebih kepada individu yang berbadan besar tetapi jangan terkejut kerana orang yang berbadan kurus juga mengalami masalah pipi tembam tidak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita. 

Mesti ada diantara anda yang mengamalkan pelbagai produk untuk menghilangkan pipi tembam tetapi keputusannya masih sama, tiada apa-aa perubahan. 

Apa kata anda cuba 3 langkah mudah untuk mengurangkan lemak di bahagian pipi anda, antaranya adalah:

  • Langkah #1 

Tutup rapat mulut anda, selepas tu tiup bahagian atas bibir, kekalkan selama 10 saat.

  • Langkah #2 

Tutup mulut rapat, jangan bagi udara keluar. Tiup di bahagian sebelah pipi kiri anda dengan kuat selama 10 saat.

  • Langkah #3

Ulang langkah #2 dengan mengembung pipi di bahagian kanan pula selama 10 saat.

Setelah selesai semua langkah ini, anda perlu ulang semua langkah dari yang pertama hingga ketiga sebanyak 10 kali. Kata nak kurangkan pipi tembam kan? So, kenalah put effort lebih sikit. Hehe.

Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah pipi tembam khususnya yang berbadan kurus. 

Sumber : segalamacamcara