Kawan-kawan sering berkata ‘Lain benar perangai kau ni sejak ada anak. Dulu asyik belek instagram tengok pasal fesyen dan mekap je’. Perasan ke tidak, bila dah ada anak sendiri, hobi automatik ikut berubah. Jangan tak tahu kuasa anak ini. Mereka boleh mengubah hobi ibu 360 darjah. Yang penting ia membawa kepada sesuatu yang positif dalam hidup anda.

1. Pelukan dan ciuman

Ini adalah obsesi terbaru seorang yang baru bergelar ibu. Tiap masa dan ketika ingin memberikan pelukan dan ciuman pada anak. Bila si kecil sudah pandai memeluk dan mecium ibu, tambah cair si ibu. Itu adalah ubat stres dan penat yang paling mujarab bagi seseorang ibu. Bukan sahaja jadi penawar penyakit, malah dapat menambahkan semangat ibu.

2. Shopping barang baby 

Sejak mempunyai anak, si ibu akan pantang nampak baju si kecil, pasti akan singgah ke kedai tersebut. Bukan seperti dulu shopping penuh dengan barangan wanita je. Sekarang ini tidak penting lagi barangan sendiri, kena dahulukan shopping barangan anak.

3. Ambil gambar & video anak 

Kalau boleh tiap saat mahu merakam gambar dan aksi anak. Handphone ibu-ibu penuh dengan gambar anak. Rasa sayang nak buang semua gambar walaupun satu aksi ada berpuluh-puluh kali ‘snap’. Bahagia rasnya bila boleh tengok berulang kali gambar dan video anak.

4. Rajin Memasak 

Jika dahulu masa sebelum kahwin, sanggup berlapar kerana malas memasak. Tetapi tidak sekarang selepas berkahwin dan mempunyai anak. Hobi memasak semakin menjadi-jadi. Ada sahaja resepi berkhasiat untuk anak tersayang yang ingin di cuba.

5. Menjadi guru kepada si kecil

Apabila bergelar ibu, automatik anda akan menjalankan tanggungjawab mengajar anak anada. Mengajarnya berjalan, berlari, mengira, mengenal huruf dan nombor, bermain, melompat sehinggalah pandai membaca adalah tugas yang dilakukan oleh seorang ibu. Benarlah kata orang, guru pertama seorang anak adalah ibunya sendiri.

 

Sumber: majalahpama.my & Google (gambar)