Pasti ada di antara anda yang mengalami kesukaran untuk tidur malam. Dan kemungkinan anda hanya terlelap dan terjaga kembali. Adakah anda tahu bahawa pemakanan mempengaruhi tidur? Jom tengok apa jenis makanan yang boleh menjamin tidur yang berkualiti.

Makanan-makanan ini membantu menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotin dan melatonin yang membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.

Sebaiknya, biarkan makanan diproses dan tunggu sehingga dua jam selepas makan baru anda masuk tidur. Jangan terus tidur selepas makan tau!

Teh & Madu 

Elakkan daripada mengambil minuman yang berkafien dan amalkan meminum teh sebelum tidur. Teh Chamomile mampu memberi kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal dan juga mental. Teh hijau pulak mengandungi Theanine yang membantu anda tidur lena.

Badam 

Kandungan magnesium dalam badam mampu membantu manusia untuk mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Badam juga mempunyai protein yang boleh menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur. Jadi, penting untuk sediakan kacang badam di rumah anda.

Pisang 

Pisang mengandungi magnesium dan potassium yang baik dan mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Triptofan yang terdapat di dalam pisang akan ditukarkan daripada sel-sel badan kepada hormon serotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.

Flaxseed 

Flaxseed kaya dengan asid omega 3 yang dapat memperbaiki mood anda. Flaxseed ini sesuai diambil ketika berhadapan dengan stres atau tekanan yang melampau. Pasti tidur anda akan nyenyak selepas mengambil flaxseed ini.

Sumber: rapi.karangkraf.com