Kelebihan Santan Untuk Rambut Uban Pada Usia Muda
Jangan sesekali anda memandang remeh terhadap keberkesanan bahan-bahan yang ada di dapur especially SANTAN! Wahh gitu tau ayat Abang Brian untuk entri kali ini, hehe.
Kalau anda nak tahu, santan merupakan bahan yang sangat banyak manfaatnya untuk kesihatan rambut. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengembalikan kelembapan rambut anda dan dapat merawat dari dalam.
- Memilihara Kesihatan Rambut
Santan dapat memberikan rasa sejuk pada kulit kepala dan kelembaban dari akar rambut hingga ujung rambut. Hanya sapu santan pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan selama 5 minit. Kemudian biarkan dalam masa 20 minit sebelum cuci dengan air bersih.
- Conditioner
Dapat menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diatur. Caranya sama seperti diatas.
- Mencegah Rambut Bercabang
Mempunyai protein yang tinggi untuk membuatkan rambut anda cepat tumbuh dan tebal. Yang paling best, dapat mencegah rambut bercabang.
- Melambatkan Pertumbuhan Uban
Tahu tak kalau anda menggunakan shampoo yang tidak sesuai untuk rambut anda, ia akan menyebabkan pertumbuhan rambut putih (uban) walaupun usia anda masih muda. Ambil kelapa tua dan parut terlebih dahulu sebelum perah sampai keluar santanya. Tambah sedikit garam dalam santan itu dan biarkan semalaman sebelum disapukan pada rambut anda.
Haa amacam dengan petua dari Abang Brian? Senangkan? Sebenarnya terlampau banyak bahan yang ada didapur boleh anda gunakan untuk kecantikkan. Jangan bazir duit beli produk mahal-mahal tapi result yang menghampakan.
Sumber : tespida

