Penuaan adalah proses normal tetapi dek kerana gaya hidup dan habit yang tidak menyihatkan, ramai di antara kita yang tampak lebih berusia daripada umur sebenar.

Percaya atau tidak, di antara puncanya adalah pemilihan makanan yang salah. Selain daripada bersenam, tidak merokok, tidur awal dan minum air dengan cukup, makanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan penting. Jika tersalah langkah dalam pemakanan, bukan sahaja berat badan meningkat, rupa juga tampak lebih tua.

Ini adalah senarai makanan yang perlu dikurangkan agar penampilan lebih berseri dan kulit cantik seakan-akan 10 tahun lebih muda.

1. GULA

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengaktifkan proses yang memberi kesan buruk kepada kolagen kulit. Kolagen ini penting bagi memastikan kulit tampak muda dan anjal. Malah, gula juga boleh menyebabkan kerosakan gigi dan mengubah warnanya menjadi kekuningan. Gula juga boleh merosakkan hipokampus iaitu bahagian utama dalam otak yang dikaitkan dengan memori dan emosi.

2. DAGING MERAH

Daging merah mengandungi banyak radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan sel-sel badan. Ahli sains di American Academy of Dermatology, Ariel Ostad mengatakan bahawa radikal-radikal bebas ini mengurangkan kebolehan badan untuk menghasilkan kolagen yang penting agar wajah nampak berseri. Kurangkan pengambilan daging merah dan gantikan dengan daging tanpa lemak seperti ayam belanda dan ayam serta cuba ambi lebih sayur-sayuran kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas ini

3. GARAM

Makanan yang tinggi dengan garam akan menyebabkan wajah menjadi sembap terutamanya pada bahagian mata kerana ia mengekalkan air dalam badan. Menurut satu jakian oleh Georgia Regents University, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan tisu penuaan dengan pantas dan menyebabkan anda akan nampak lebih berusia. Garam merupakan bahan yang menyahhidratkan badan dan menyebabkan anda kelihatan penat dan tidak bermaya.

4. MAKANAN PEDAS

Makanan pedas akan menyebabkan rosacea (kulit kemerah-merahan) serta kulit sembap. Wanita berumur terutamanya yang sudah putus haid perlu elakkan pengambilan makanan pedas kerana mereka mempunyai saluran darah aktif yang akan mengembang akibat pengambilan makanan pedas. Ini akan menyebabkan kulit nampak lebih berusia dan munculnya spider vein pada wajah.

5. KAFEIN

Ramai yang akan merasa sukar untuk memulakan pagi mereka tanpa secawan kopi. Tetapi kafein yang ada di dalam kopi, minuman berkarbonat serta minuman tenaga boleh menyahhidratkan badan dan menyebabkan pelbagai masalah kulit. Selain daripada hadirnya kedutan, garis-garis halus, kulit kusam serta bintik-bintik penuaan, kopi juga boleh merosakkan gigi kerana gigi terdedah kepada asid yang akan menyebabkan enamel gigi boleh menjadi kekuningan hingga terhakis.

 

Untuk memiliki kulit berseri dan wajah yang lebih muda, makanan yang sihat dan seimbang perlu diambil berat. Anda digalakkan mengambil makanan-makanan berikut.

  • Tomato –  kaya denagan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas
  • Telur – sumber vitamin B kompeks yang memberikan protein
  • Udang karang – kaya dengan zink dan memiliki kandungan anti-radang yang mampu merawat kulit rengsa
  • Buah tembikai – mengandungi anti-oksidan yang mampu menghindari kerosakan sinar UV
  • Coklat gelap – kaya dengan flavanol yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan sinar matahari serta membantu kulit menjadi lebih hidrat dan lembut

Sumber: eh.com.my & google (gambar)