Untuk menjaga kecantikan kulit, apa yang anda MAKAN lebih penting daripada apa yang anda GUNAKAN pada kulit. Ketika kulit sedang mengalami masalah jerawat, anda boleh amalkan beberapa jenis makanan yang tertentu untuk membantu mencegah timbulnya jerawat. 

  • Makanan yang kaya dengan Omega 3

Amalkan makan makanan yang ttinggi dengan khasiat omega 3 untuk kesehatan kulit kerana ia mengandungi lemak yang sihat dan kekurangan zat ini dapat membuat kulit kering dan terdedah terhadap jerawat.

  • Makanan tinggi antioksidan

Zat lain yang memainkan peranan penting pada kesihatan kulit adalah antioksidan kerana zat yang terkandung didalamnya mampu mencegah radikal bebas yang dapat merosakkan kulit. Lycopene merupakan sejenis antioksidan yang dapat memberi manfaat untuk menjaga kulit tetap muda dan sihat.

  • Makanan tinggi serat

Gangguan pencernaan adalah satu lagi faktor terjadinya jerawat. Selain jerawat, masalah kulit lainnya yang dikaitkan dengan gangguan pencernaan seperti kulit kering, kemerah-merahan dan kulit kusam. Sistem pencernaan yang terganggu dapat menyebabkan pengumpulan bakteria dalam tubuh, yang dapat menimbulkan jerawat.

  • Makanan yang kaya dengan zink

Mengamalkan makanan yang berunsur supplement merupakan antara cara untuk memerangi masalah jerawat.  Selain itu, kekurangan zink juga berpotensi menimbulkan pembentukan bakteria di wajah anda.

Haa nampak tak bertapa pentingnya permilihan makanan untuk kesihatan dalaman dan luaran? Jika anda ingin menghilangkan jerawat bukan sekadar memakan ubat atau menyapukan krim pada muka, tetapi ia bermula dari corak permakanan anda.

Sumber : amazine