Nak Kulit Muka Sihat, Cantik Dan Halus? Amalkan Tomato Dengan Cara….
Nak kulit mulus tanpa sebarang cela? Tomato adalah jawapannya! Ia bahan organik terbaik untuk miliki kulit yang cantik berseri.

- Cuba amalkan makan tomato ketika sarapan pagi setiap hari. Tomato bagus dijadikan sebagai diet tambahan kerana ia kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kulit kekal anjal seperti kulit bayi dan melindungi kulit kesan sinaran UV.
- Pengambilan produk berasaskan tomato dengan kerap membantu kulit menyedut lebih oksigen seterusnya melambatkan proses penuaan dan kedutan wajah. Malah kulit kamu kelihatan segar dan kemerahan.
- Amalkan minum jus tomato yang dikisar bersama perahan lemon, sedikit gula dan daun pudina. Kemudian letak beberapa ketul ais dan nikmati keenakkan juga manfaat jus tomato.
TOMATO MASK – DO IT YOURSELF!
- Satukan jus tomato bersama perahan jus lemon ke dalam mangkuk. Kemudian sapu campuran tersebut menggunakan jari dan urut muka kamu secara perlahan sehingga air tomato dan lemon menyerap ke dalam kulit kamu. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air dingin. Topeng ini mengecilkan liang pori-pori dan memudakan wajah.
- Ambil sebiji tomato yang ranum dan belah kepada dua bahagian. Gosok tomato dalam gerakan bulatan di wajah dan biarkan kering sehingga sekurang-kurangnya 20 minit. Kemudian bilas wajah dan oles pelembap wajah kegemaran kamu. Pasti kulit kamu berseri kemerahan dan bebas jerawat!
- Campur jus tomato dan madu asli. Sapukan pada wajah dan buat urutan lembut selama 1-2 minit. Kemudian biarkan di wajah selama 20 minit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C, membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.
- Paling mudah, amalkan makan tomato setiap pagi kerana ia membantu membersihkan perut kamu. Kamu juga boleh amalkan minum jus tomato dua kali sehari iaitu sepuluh minit sebelum makan kerana tomato boleh mengurangkan selera yang melampau dan kadar gula dalam tubuh.
- Campurkan jus tomato dan timun ke dalam mangkuk dan sapukan rata pada wajah kamu. Ramuan ini bertindak menyingkirkan minyak berlebihan pada kulit dan mengecilkan pori-pori. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air sejuk. Wajah kamu bukan saja lembap dan bebas minyak, malah berseri-seri kemerahan bak bidadari! Selamat mencuba.
Sumber : cosmopolitan

