Panduan Memotong Kuku Bayi Yang Betul Agar Tidak Terluka
Ibu bapa tidaklah perlu mengikut peraturan memotong kuku bayi ketika mereka berusia 4 atau 6 minggu. Waktu yang tepat memotong kukunya adalah apabila wajah bayi anda sudah terdapat luka dan cakaran oleh kukunya sendiri. Gunakan pemotong kuku khas untuk anak kecil anda dan mengikut umurnya. Jika kukunya kelihatan agak panjang, potong kuku tangannya sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Elakkan daripada menggunakan pemotong kuku orang dewasa kerana ia akan mendatangkan kecederaan pada kuku bayi. Waktu selepas mandi adalah waktu yang paling sesuai untuk memotong kuku bayi kerana ketika ini kukunya menjadi lembut.
Jom lihat panduan kepada ibu bapa yang ingin memotong kuku bayi mereka.
1. Menyentuh jari bayi
Jika bayi anda mempunyai kuku yang panjang, ia boleh mencederakan dirinya kerana mereka gemar menggosok-gosok mata dan kulitnya. Jadi, sebelum anda mula memotong kuku mereka, pastikan anda menyentuh jari jemari mereka untuk memberikan rasa selesa dan memberi mood yang baik.
2. Waktu yang sesuai
Selepas mandi adalah waktu yang paling sesuai bagi memudahkan anda untuk memotong kuku bayi anda. Ketika ini, kukunya masih lembut dan lebih mudah untuk anda memotongnya dengan selamat.
3. Potong kuku
Memotong kuku pada tangan kanan terlebih dahulu. Pegang tangan bayi dan tarik jemari tangannya ke depan bagi mengelakkan terkena gunting. Tahan perlahan buku-buku jarinya agar kukunya mengarah ke atas. Lakukan perkara yang sama pada tangan kiri. Jangan lupa bahagian kaki mereka juga.
4. Gunting khas
Pastikan anda menggunakan gunting pemotong kuku bayi yang tajam, hujungnya bundar dan selesa apabila digunakan. Elakkan daripada memotong terlalu dekat dan berhati-hati kerana takut terjadinya kecederaan atau menyebabkan kuku bayi berdarah.
5. Basuh atau lap tangan dan kaki
Usai memotong kuku tangan dan kaki, basuh ia dengan air atau lap menggunakan air bersih bagi membersihkan kekotoran yang melekat pada hujung kuku tangan dan kaki.
Sumber: majalahpama.my & Google (gambar)

