Siapa yang tidak sukakan rumah yang bersih dan kemas? Tapi kita sering tidak mempunyai masa yang cukup untuk membersihkan rumah setiap hari. Walaubagaimanapun, ada beberapa benda di rumah yang patut anda berikan perhatian lebih daripada benda-benda lain.

Berikut adalah senarai benda yang anda perlu bersihkannya setiap hari di rumah anda.

1. TUALA DAPUR 

Kajian terbaru menyatakan bahawa tuala dapur adalah benda yang paling tercemar di dapur. Ini termasuklah tuala kecil di dalam bilik mandi anda. Ini kerana tuala ini sering digunakan lebih daripada sekali sehari dan ia mudah kotor dengan cepat. Tuala dapur dan tuala mandi disarankan untuk ditukar beberapa hari sekali atau setiap hari jika anda mempunyai keluarga yang besar.

2. KUNCI 

Percaya atau tidak, kunci mempunyai lebih banyak bakteria daripada butang lif. Ini kerana anda sering menyentuh kunci dengan tangan yang kotor, masukkan di dalam poket yang kotor dan kadang kala ia akan terjatuh di tanah. Akibatnya, anda membawa kuman yang banyak ke dalam rumah anda. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kunci anda dengan kain lap antispetik untuk membuang kuman yang hinggap.

3. LANTAI BILIK AIR 

Anda perlu memastikan setiap kali selepas mandi, lap lantai bilik air anda. Bilik air yang kering akan mencegah pembiakan bakteria, kulat dan kuman.

4. SPAN DAPUR 

Span dapur adalah benda yang paling kotor di dapur anda. Span sering digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk, periuk dan papan pemotong dan juga seirng digunakan untuk mengelap tumpahan dan juga serbuk. Menggunakan gelombang mikro adalah cara terbaik untuk membersihkan span. Basuhkan span dengan teliti dan letakkan span yang basah ke dalam ketuhar gelombang mikro selama satu hingga dua minit dengan kuasa suhu yang rendah. Pastikan anda sentiasa memerhatikan proses ini dengan teliti. Matikan ketuhar dengan segera jika anda terlihat asap. Span yang mempunyai pad logam tidak boleh dibersihkan menggunakan kaedah ini.

5. SINKI 

Selesai membasuh tangan atau pinggan mangkuk tidak bermakna sinki anda akan bersih juga. Kuman dan bakteria sering berkumpul dan melekat pada dinding sinki. Jadi, pastikan anda sering membersihkan sinki selepas membasuh tangan atau selepas membasuh pinggan dan mangkuk.

6. PINGGAN KOTOR YANG DIRENDAM DI DALAM AIR 

Meninggalkan hidangan kotor di dalam sinki sehingga pagi adalah satu tabiat yang buruk dan juga membuat tugas membasuh anda lebih mencabar. Tip terbaik adalah sentiasa mencuci pinggan mangkuk dengan segera selepas setiap hidangan.

7. MESIN PEMBANCUH KOPI

Adalah penting untuk anda membersihkan mesin pembancuh kopi setiap hari kerana ia adalah sarang bakteria dan juga kulat. Untuk membersihkannya, anda perlu menceraikan bahagian mesin agar ia memudahkan anda untuk membersihkan sisa kopi, serbuk kopi, dan minyak dengan cepat dan mudah.

8. BERUS DAN SPAN SOLEKAN

Memakai berus solekan yang sama untuk jangka masa yang panjang akan mengumpulkan pelbagai bakteria dan kuman dan memudaratkan kulit wajah anda. Bersihkan alat solek anda di dalam air sabun suam setiap kali anda selesai menggunakannya.

 

Sumber: jelita.com.my & Google (gambar)