Petua Hilangkan Selulit Dengan 3 Cara Mudah Dan Murah
Masalah selulit yang sering dihadapi sememangnya tidak mengenal usia mahupun berat badan. Ramai yang beranggapan bahawa dengan hanya melakukan senaman dan diet yang seimbang, ia dapat mengurangkan selulit. Betul ke?
Ye memang betul. Tapi jangan pula anda terlepas pandang dengan beberapa cara lain untuk menghilangkan selulit ini. Jom Abang Brian kongsikan cara selain daripada melakukan senaman dan diet.
- Dry brushing
Gunakan berus yang agak keras [bukan berus dawai ye!] dari fiber natural. Gosok kawasan yang ada selulit kerana ia dapat membuang sel kulit mati, merangsang peredaran darah dan membersihkan saliran limfa agar selulit boleh dikurangkan. Untuk kesan terbaik, dry brush kulit anda 5 minit sebelum mandi pagi.
- Skrub dengan menggunakan serbuk kopi
Bahan ini sangat trending di laman sosial sekarang dan sememangnya sangat berkesan! Gosok skrub ini pada kawasan bermasalah semasa mandi. Kesannya sama dengan dry brushing.
- Urut dengan essential oil
Essential oil seperti minyak cedar, rosemary, patchouli, juniper, lemon atau eucalyptus terkenal dengan kandungan anti-selulit di dalamnya. Apa yang anda perlu lakukan, hanya campur 2 – 3 titik minyak ini ke dalam satu sudu besar minyak zaitun kemudian urut kawasan yang ada selulit. Anda juga boleh titikkan beberapa titik minyak pilihan anda dalam air mandi juga.
Detoks tubuh juga sebenarnya mampu membantu anda untuk menghilangkan selulit ini. Silalah buang habit buruk seperti merokok, makan makanan segera dan bergoreng untuk kesan yang lebih cepat.
Sumber : Rapi

