Perasan tak ada segelintir kanak-kanak yang mempunyai gigi kehitaman dan kuning di bahagian atas seperti kerak? Haa ini boleh dikategorikan sebagai kerosakan gigi yang perlu dipandang serius! Jangan dibiarkan sampai teruk sehingga perlu buat dental clearance pula ye.

picture1

Apa yang dimaksudkan dengan karies botol susu?

Karies botol susu adalah kerosakan gigi pada kanak-kanak akibat dari penyusuan yang dihisap melalui botol susu. Masalah ini boleh berlaku sekiranya bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur dengan menghisap susu atau air manis dari dalam botol.

Ye betul, kebanyakkan kanak-kanak akan lebih selesa dengan cara ini tetapi sebagai ibu bapa, anda perlu pandai mengawal mereka. Kandungan cecair akan menyelaputi gigi sepanjang waktu anak tidur. Tindakbalas di antara bakteria yang berada di dalam mulut dan kandungan gula di dalam cecair akan menghasilkan asid yang bertindak merosakkan gigi.

Gigi mana yang biasa terlibat dengan karies botol susu?

Biasanya gigi atas hadapan yang akan rosak dulu berbanding dengan gigi belakang yang akan menjadi rosak kalau keadaan ini dibiarkan. Gigi akan bertukar warna coklat dan ada juga berwarna kehitaman.

Gigi rosak yang berwarna hitam adalah lebih baik kerana warna hitam menunjukkan bakteria tidak aktif lagi (tidak akan menjangkit pada gigi-gigi yang lain). Paling bahaya kalau karies gigi yang berwarna coklat dan krim kekuningan kerana ia bermaksud bakteria sedang aktif.

Bagaimana nak mengelak kejadian karies botol susu?

  1. Untuk anak yang menyusu badan sehingga 2 tahun, tidak perlu sambung dengan botol susu. Kalau nak beri minum susu formula atau susu segar selepas wean off tu, latih gunakan cawan.
  2. Jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan di dalam mulut. Dalam kes anak nak menghisap puting semasa tidur ni, adalah lebih baik kalau offer pacifier (puting kosong).
  3. Elakkan sekali-kali letak gula semasa membancuh susu. Susu formula adalah sudah manis & sangat manis kalau ikut sukatan pada tin tu.
  4. Hentikan penggunaan botol susu secara berperingkat.
  5. Bersihkan gigi anak selepas makan dengan menggunakan tuala atau kain yang lembut dan bersih.
  6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak di bawah umur 6 tahun. Letak sedikit sahaja ubat gigi jika perlu. Untuk kanak-kanak tak perlu letak ubat gigi pun ok.
  7. Bawa anak mendapatkan pemeriksaan gigi apabila masuk umur 2-3 tahun.

Sumber : mom-station