Resepi: Chocolate Macaron
Hari ini adalah Hari Chocolate Macaron! Jadi, kami nak kongsi resepi macam mana nak buat chocolate macaroon dan filling coklatnya. Senang sahaja tau!
Bahan yang diperlukan:
- 125g gula icing
- 1 sudu serbuk koko
- 100g kacang badam
- 2 biji telur putih
Untuk filling
- 50g milk chocolate atau dark chocolate (dicincang)
- 2 sudu susu (dipanaskan sedikit)
Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 180’c / 160’c.
- Ayak gula icing dan serbuk koko ke dalam mangkuk, kemudian masukkan kacang badan.
- Pukul putih telur sehingga kembang dan gaulkan bersama bahan-bahan kering tadi.
- Isi beg icing dengan campuran tadi. Paip campuran tadi ke atas baking sheet. Keringkan selama 15 minit.
- Bakar selama 15 hingga 20 minit. Pastikan macaroon mudah dikeluarkan daripada kertas membakar. Sejukkan di atas kertas yang berlainan.
- Untuk membuat filling nya, letakkan coklat ke dalam mangkuk dan cairkannya perlahan-lahan di atas kuali air.
- Masukkan susu panas sehingga sebati. Sejukkan dan biar ia menebal sedikit sebelum gunakan untuk sandwich macaron.
Selamat mencuba!
Sumber: bbcgoodfood.com & google (gambar)