#30ResepiRamadhanAbangBrian kali ini sangat istimewa kerana resepi ini diolah berdasarkan resepi jiran Abang Brian ketika keluarga Abang Brian menetap di Batu Pahat. Cuma, resepi ini ditukar sedikit mengikut selera tekak keluarga Abang Brian.

Bagaimana pula dengan selera tekak keluarga anda?

Bahan yang diperlukan: 

Bahan kisar (Kisar semua bahan hingga halus)

  • 16 batang cili kering ( atau lebih ) potong dan rendam
  • 1 biji bawang besar
  • 5 bawang merah kecil
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 cm belacan
  • 1 biji tomato
  • 500g ikan pari (rendam dalam air kapur untuk 5 minit kalau hanyir)
  • Beberapa helai daun pisang
  • 3 biji atau lebih limau kasturi (untuk perah atas ikan )
  • Daun ketumbar (diracik kasar )
  • Garam

Sambal Kicap:

  • 8 cili api
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 sudu gula merah
  • Garam dan kicap secukupnya
  • Sedikit jus limau

Cara membuatnya: 

  1. Tumiskan bahan kisar dalam minyak secukupnya sehingga pecah minyak.
  2. Gaulkan dengan bahan lain dan balut dengan daun pisang. Bakarkan atas api atau mesin BBQ sehingga masak sepenuhnya (15-20 minit bergantung kepada saiz ikan).
  3. Untuk sambal kicap, kisarkan kesemua bahan. Tumiskan dalam minyak secukupnya sehingga harum.

Selamat mencuba!