Tahap Kesihatan Wanita Berdasarkan Warna Haid
Pada setiap bulan, wanita akan mengalami situasi yang mencabar apabila datangnya haid. Ketidakselesaan dan segala aktiviti terbatas, alahan teruk adalah antara keadaan wanita ketika itu. Malah, ‘mood swing’ juga akan berlaku.
Percaya atau tidak, sebenarnya warna darah haid boleh memberi petanda kepada tahap kesihatan dan keadaan badan anda.
Jadi, adalah penting untuk wanita memeriksa warna darah yang keluar setiap kali mereka datang bulan sebelum membuang tuala wanita yang telah dipakai kerana dengan cara itu, mereka boleh mengesan masalah-masalah yang mungkin berlaku pada tubuh badan.
Jom semak 6 warna darah haid ini.
MERAH MUDA

Warna ini menandakan yang anda mungkin mengalami anemia atau kekurangan darah. Namun, jika anda sudah berkahwin dan sedang dalam tempoh subur, ini merupakan tanda awal kehamilan.
MERAH TERANG

Warna darah haid yang berwarna merah terang adalah warna darah yang normal. Namun, jika darah tersebut masih berwarna merah terang selepas lebih daripada lapan hari, anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan.
MERAH GELAP

Jangan risau sekiranya anda mempunyai kitaran darah haid berwarna merah gelap yang tidak berhenti keluar seperti paip bocor sekitar pada hari kedua dan ketiga. Situasi ini adalah normal kerana rahim sedang bekerja untuk mengeluarkan gumpalan darah tersebut.Walau bagaimanapun, jika ia berlarutan sehingga hari keempat dan selanjutnya, kemungkinan rahim anda mempunyai tumor dan segeralah berjumpa dengan doktor.
MERAH JINGGA

Anda mungkin mendapat jangkitan faraj jika darah haid berwarna seakan-akan merah jingga dan berbau kuat. Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti ini.
COKLAT GELAP

Jika warna haid anda berwarna coklat gelap, ia merupakan proses biasa pada awal dan penghujung kitaran haid. Jadi, anda tidak perlu risau kerana situasi ini adalah normal. Kitaran dan warna haid bagi setiap wanita itu adalah berbeza.
Sumber: remaja.my & google (gambar)

