Setiap kali bila datangnya keazaman untuk membuat kek, pasti azam itu hancur bila anda melihat kek yang anda idamkan tidak menjadi. Kek menjadi mampat dan tidak naik. Stresnya bila situasi ini berlaku. Macam mana nak dapatkan kek yang gebu? Ini caranya.

  • Sebelum mula mengadun, pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
  • Kek akan menjadi lebih gebu jika anda menggunakan bahan yang telah di ayak. Jadi, penting untuk memastikan bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, soda penaik dan garam digaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu.
  • Elakkan daripada terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menjadikan kek anda mampat dan tidak gebu. Cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
  • Gunakan spatula untuk memasukkan tepung dan kaup balik adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati.
  • Elakkan daripada menggaul adunan dengan kerap ketika menunggu adunan dibakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis kerana ia akan membuatkan adunan turun dan kek menjadi mampat. Jauhkan adunan yang menunggu daripada suhu panas.
  • Hanya gunakan spatula ketika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian serta menambah bahan lain seperti pewarna dan buah-buahan kering.
  • Panaskan ketuhar selama 15 minit lebih awal sebelum memasukkan kek ke dalam ketuhar. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akan menyebabkan kek tidak menjadi.

Sumber: Sinar Harian (5 Mac) & Google (gambar)