Keyakinan diri seseorang itu akan lebih tinggi jika anda memiliki kecantikan wajah yang sempurna. Kecantikan wajah bukan bermakna kulit cerah dan mulus tetapi wajah yang bersih dari sebarang cela, jerawat mahupun jeragat. 

Penjagaan kulit wajah perlu dititik beratkan sejak azali jika mahukan kulit wajah yang sempurna. Jom kita tengok antara petua paling ringkas dan berkesan. 

  • Kurangkan memakai pencuci muka

Pencuci muka yang anda gunakan mungkin mempunyai bahan kimia yang berlebihan sehingga dapat menyebabkan muka anda cepat berminyak dan rosak. Elakkan dari memakai pencuci muka  yang mengawal minyak kerana ia akan menghilangkan minyak sementara sahaja dan ia akan menggalakan muka menjadi berminyak. Hanya cuci 2 kali sehari sahaja. 

  • Jangan campur produk kecantikan 

Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana ia dapat merosakkan kulit muka anda.

  • Serbuk teh dan madu

Campurkan serbuk teh dan madu sehingga sebati sebelum disapu pada kulit wajah.

  • Wap panas

Ambil daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar kemudian basuh sehingga bersih. Masukkan ke dalam periuk yang sudah diisikan air dan panas sehingga mendidih. Apabila ia sudah mendidih, letakkan periuk itu di atas meja atau lantai kemudian telunkupkan kepala dengan menggunakan kain atau tuala untuk proses pengewapan dalam masa 15-30 minit. Boleh amalkan 2 kali seminggu.

  • Bedak sejuk dan madu

Campurkan bedak sejuk dengan 2 sudu besar madu, kemudian kacau sehingga sebati. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum tidur dan basuh dengan menggunakan air sejuk.

  • Timun

Kisar timun sehingga hancur dan sapukan pada wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering sebelum mencucinya dengan menggunakan air.

  • Teh hijau

Amalkan minum air teh hijau 2 kali sehari kerana ia bagus untuk pengantioksida yang dapat mengurangkan jerawat.

  • Minyak sayuran

Gunakan minyak sayuran sebagai pelembap wajah. Sangat berkesan!

Sumber : siraplimau