Mesti setiap pembaca abangbrian.com pernah melecur ketika berada di dapur dan menggunakan iron kan? Tidak kiralah sama ada ia kesan melecur yang teruk atau tidak tetapi rasa pedihnya tersangatlah menusuk kalbu. Wah gitchew!

Terdapat pelbagai tips untuk merawat luka melecur dengan cepat dan tidak perlu menahan kesakitan yang berpanjangan. Jom kita lihat antara tips yang boleh anda gunakan. 

Rendam

Rendamkan luka di dalam air sejuk selama 5 minit atau lebih. Boleh juga rendamkan dalam air susu (jika ada). Tapi ingat, JANGAN RENDAM LUKA DALAM AIS atau air yang berais. Ini hanya akan memburukkan keadaan melecur tadi.

Tuamkan

Basahkan tuala dan tuam tuala pada luka tadi. Ulang sehingga 15 minit atau lebih. Lakukan perlahan-lahan bagi mengelakkan lepuhan pecah.

Antiseptik

Tips ini juga sangat membantu bagi merawat luka melecur supaya tidak terkena jangkitan kuman. Anda boleh menggunakan krim antibiotik (dapatkan dari doktor). Atau gunakan larutan Dettol untuk rendam kawasan lecur. Hanya letak satu titik, dan larutkan dalam besen. Kemudian rendamkan kawasan luka. Lap perlahan dan sapukan krim. Lakukan 2-3 kali sehari. Gunakan tuala lembut dan elakkan penggunaan ‘cotton ball’. Fiber halusnya akan melekat pada luka dan meningkatkan risiko infleksi.

Balutkan

Selepas luka dicuci, anda boleh menggunakan ‘gauze’ untuk balut luka. Hanya balutkan secara longgar, dan pastikan ada ruang pengudaraan untuk luka cepat sembuh.  

Untuk hilangkan parut pula, anda boleh sapukan gel aloe vera pada kawasan berkenaan. Anda juga boleh mengamalkan penggunaan vitamin C, E dan minyak ikan. Ini bagi membantu luka itu dapat disembuh dengan segera.

Sumber : welovesusuibu