Tips Turunkan Berat Badan Yang Ramai Terlepas Pandang
Entri hari ini Abang Brian nak kongsikan 10 tips yang boleh anda amalkan untuk kurus dengan cara yang sangat mudah dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian anda.
- Jadikan air putih sebagai bestfriend anda
Air putih banyak manfaatnya untuk kesihatan dalaman, luaran dan kecantikan kulit. So, jangan malas untuk amalkan minum air putih ye.
- Amalkan makan pagi
Jangan skip sarapan kerana anda akan makan dengan kuantiti yang lebih banyak ketika tengah hari nanti.
- Luangkan masa 45 minit sehari untuk berjalan
Banyakkan berjalan kaki selama 45 minit sehari kerana ia dapat mengurangkan 13KG berat badan dalam setahun jika anda benar-benar mengamalkannya. Tanpa anda sedari, berat badan anda akan turun sedikit demi sedikit.
- Memperbanyakkan warna biru
Menurut kajian, warna biru dapat menghalang dan mengurangkan selera makan. Tiada salahnya jika anda menggunakan pinggan bewarna biru dan alas meja makan warna biru ketika hendak menjamu selera.
- Buang pakaian besar anda
Jika anda mempunyai baju bersize besar dan kecil, buang baju besar anda dan simpan baju cutting S & M sahaja kerana ia dapat memotivasikan diri anda untuk kurus.
- Gunakan pinggan yang kecil
Anda boleh menggunakan pinggan yang kecil untuk memastikan anda tidak makan terlalu banyak. Ini dapat membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini.
- Makan dengan perlahan
Jangan terlalu gelojoh! Ambil masa untuk anda menikmati hidangan anda supaya otak akan akan mendapat isyarat apabila sudah kenyang.
- Makan buah-buahan
Buah-buahan merupakan makanan yang dapat mengenyangkan dan ini bermakna selera makan anda terhadap makanan yang boleh menggemukkan anda akan berkurangan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang anda inginkan.

