Ramai yang kenal dengan Listerine dan fungsinya untuk berkumur agar mulut sentiasa segar dan wangi. Bahn ini adalah antara bahan yang wajib ada di dalam setiap rumah.

Tidak sangka Listerine bukan hanya digunakan untuk berkumur, malah ada pelbagai fungsi yang kita sendiri tidak tahu selama ini.

1. Hilangkan bau busuk pada ketiak

Tuangkan sedikit Listerine pada bebola kapas dan sental pada ketiak anda. Listerine akan menghilangkan bau tengik dan memberikan bau yang lebih segar.

2. Membersihkan muka yang berjerawat

Kalau anda dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat masih tak hilang, cuba guna Listerine. Caranya, sapu sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat degil itu akan mengecut dan akan hilang.

3. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga

Sapukan sedikit Listerine pada kawasan yang terkena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia akan membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan daripada menjadi lebam.

4. Melegakan masalah kaki

Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki anda berbau busuk akan hilang. Kulit kaki pun akan menjadi lebih cantik dan sihat.

5. Membantu menghilangkan kelemumur

Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atas kepala. Urut dan usap Listerine pada seluruh bahagian rambut hingga terasa dingin. Balut kepala dengan tuala selama 20 minit. Selepas itu, baru bilas kembali rambut anda.

6. Membasmi kuman di mangkuk tandas

Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas dengan berus. Kuman akan mati dan mangkuk tandas pun berbau wangi.

7. Membasmi kuman di berus gigi

Anda sering berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman pada gigi, tetapi macam mana pula dengan berus gigi anda yang berkuman tu? Tuang sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi selama 2 – 3 jam untuk mematikan segala kuman.

8. Menghilangkan kutu pada bulu haiwan

Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu pada haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray pada bulu kucing anda. Selain itu, boleh juga campurkan dengan syampu mandian dan mandikan kucing anda dengan campuran tadi. Comfirm hilang semua kutu-kutu tersebut.

9. Bersihkan skrin televisyen atau monitor komputer

spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer anda. Segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.

10. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah

Ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutup tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau busuk itu.

 

Sumber: hijabista.com.my & google (gambar)