Ramai netizen yang beranggapan bahawa jika seseorang itu memiliki bibir yang mungil, ia akan membuatkan seseorang itu nampak lebih seksi dan cantik. Betul ke?
Haa kalau anda juga ada menyimpan niat untuk memiliki bibir mungil seperti ini, apa kata anda cuba satu teknik dibawah ini. Blogger kecantikan terkenal, Farah Dhukai berkongsi satu teknik yang lebih organik dan selamat untuk bibir mungil.
Haa pernah tak anda terfikir yang wasabi boleh memungilkan bibir? Ya, sos pedas berapi yang dimakan bersama sushi. Jangan risau, wasabi memang pedas hingga boleh buat anda menangis.
Tetapi menurut pakar dermatologi, walaupun wasabi boleh menyebabkan keradangan kulit (sebab itu bibir kamu akan menjadi mungil kerana bengkak), ia selamat digunakan kerana keradangan atau kemerahan itu akan susut beberapa jam selepas mencucinya dengan air biasa.
Berbalik kepada tips menyapu krim wasabi di bibir, Farah menunjukan langkah demi langkah menerusi video tutorial di Instagramnya. Krim perisa wasabi boleh didapati di farmasi kecantikan dan kamu hanya oleskan di bibir dan biarkan selama 1-2 minit.
Kemudian bersihkan bibir dengan tuala bersih dan sapukan krim pelembap, lipglos ataupun gincu supaya bibir anda tidak kering. Hasilnya, bibir Farah lebih mungil dan kemerahan selepas menyapu krim wasabi itu.
Cubalah tip ini yang ternyata lebih selamat. Cuma anda kena tahan pedas saja.