10 Warna Air Kencing Ini Tentukan Tahap Kesihatan Anda
Pasti anda panik apabila melihat perubahan warna pada air kencing anda sewaktu membuang air bukan? Jika warna kuning pekat, mungkin tidak begitu ramai yang mengambilnya serius. Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila anda melihat ia bertukar warna yang luar biasa.
Mulalah perasaan risau dan pelbagai tanda tanya bermain-main di fikiran. Adakah kerana anda berpenyakit? Sakit apakah yang menyebabkan air kencing tiba-tiba berubah warna?
Jadi, pendedahan awal tentang makna disebalik warna air kencing kepada umum adalah penting. Apabila situasi ini berlaku kepada diri anda, ia akan dikesan melalui warna-warna yang pelik dan juga mendedahkan kondisi sebenar badan anda yang mungkin selama ini tidak anda ketahui.
-
Jernih
Jika anda membuang air kecil dan kelihatan berwarna jernih, ia mungkin kerana anda telah banyak minum air putih. Pengambilan cecair tambahan mungkin akan menyebabkan anda kerap kali membuang air dan secara tidak langsung ia mencuci warna kekuningan biasa air kencing.
-
Kuning pucat
Ini adalah satu petanda yang baik. Warna ini bermaksud anda sihat dan buah pinggang anda juga sedang berfungsi dengan baik. Ia juga satu petanda yang menunjukkan anda terhidrat dengan baik.
-
Kuning Telus
Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana warna air kencing seperti ini adalah dalam kondisi yang biasa bagi individu-individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.
-
Kuning Gelap
Pada tahap ini, anda tidaklah perlu terlalu bimbang tetapi apa yang perlu dibuat adalah dengan meningkatkan pengambilan minuman air putih. Warna kuning gelap menunjukkan bahawa toksin dalam air kencing telah dipindahkan daripada badan dan gagal untuk dicairkan seperti dalam proses yang sepatutnya dilakukan.
-
Warna Seakan Madu
Warna seakan kuning gelap dan ini menandakan anda perlu menambah kuantiti pengambilan air minuman putih dengan kadar segera. Jika tidak, anda bakal berhadapan dengan masalah dehidrasi .
-
Brownish
Jika air kencing anda berwarna seperti sirap pancake, hati-hati. Anda akan menghadapi masalah dehidrasi yang lebih serius dan ia mungkin juga petanda anda mempunyai penyakit hati. Tambahkan pengambilan air putih dan jika air kencing anda masih kekal berwarna kecoklatan, berjumpalah dengan doktor.
-
Kemerah-merahan
Makanan yang diambil juga kadangkala memainkan peranan dalam perubahan warna air kencing. Contohnya, ubi bit, beri biru atau buah naga boleh menyebabkan warna air kencing anda bertukar menjadi kemerah-merahan. Ada yang menganggap ia adalah darah.
Namun, jika kamu tidak mengambil mana-mana makanan yang disebut, segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia boleh jadi kerana anda terkena jangkitan atau sesuatu yang lebih serius seperti penyakit kanser.
-
Oren
Jika air kencing anda berwarna oren, ia mungkin kerana anda tidak cukup minum air. Boleh jadi juga kerana disebabkan pewarna makanan yang diambil berlebihan atau satu petanda yang merujuk kepada penyakit hati. Solusinya, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan.
-
Hijau atau Biru
Terdapat situasi-situasi rare yang berlaku di mana air kencing akan bertukar menjadi warna biru atau hijau. Ini mungkin kerana saluran kencing anda sudah terkena jangkitan.
Mungkin juga kerana ubat-ubatan yang telah diambil menjadikan warna air kencing anda bertukar warna seperti ini. Jadi, lebih baik sekiranya anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah ini dengan lebih lanjut.
-
Berbuih
Dalam sesetengah situasi, kencing berbuih itu adalah perkara biasa. Namun, jika air kencing itu berbuih luar biasa seperti kebiasaan, ia mungkin kerana anda telah lebih mengambil protein dalam diet pemakanan.
Hal ini juga dikhuatiri bersangkut paut dengan masalah buah pinggang. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.
Yakinlah bahawa setiap warna yang terhasil itu membawa maksud yang berlainan tentang tahap kesihatan anda. Jangan ambil remeh tentang perubahan warna air kencing anda selepas ini.
Ingat, segera berjumpa doktor jika anda mempunyai perubahan pada warna air kecing dan tanda-tanda yang tidak baik.
Sumber: remaja.my & google (gambar)

