5 Bahan Untuk Menghilangkan Parut Jerawat. No 4 Baru Tahu!
Tahu tak benda apa yang paling ‘pantang’ kalau timbul atas kulit wajah? Haa jawapannya adalah JERAWAT! Arghh!! Stress nya kalau tiba-tiba jerawat akan timbul atas muka. Timbul tu satu hal, nak hilangkan parut tu pun satu hal juga.
Mesti ada segelintir daripada pembaca abangbrian.com yang beranggapan bahawa jerawat itu merupakan proses unutk meningkat matang. Tapi betul ke dakwaan tu? Haa sebenarnya jerawat muncul sebab kesihatan dalaman dan luaran juga. Tak boleh salahkan proses matang atau tidak.
Tapi jangan risau, entri hari ini Abang Brian nak kongsikan petua untuk anda hilangkan parut hitam dek kerana jerawat anda tu. Yang paling penting tak perlu nak bazir duit beli produk mahal-mahal.
- Madu
Ambil sedikit madu dan campurkan dengan bedak sejuk. Letakkan bedak sejuk yang bercampur madu itu pada kawasan yang ada jerawat. Lakukan 2 kali sehari untuk melihat hasil yang cepat.
- Timun
Hiris timun segar, dan tampalkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.
- Lidah Buaya
Ambil daun lidah buaya dan belah dua supaya lendirnya keluar. Kemudian ambil lendir tersebut dan sapukan pada kawasan berparut. Lakukan 3 kali seminggu.
- Asam Jawa
Ambil sedikit asam jawa dan ramas dengan air. Jangan terlalu cair tau! Sapukan ramuan asam jawa itu pada kulit yang berparut. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air. Nak lagi elok kalau anda sapu sebelum tidur.
- Baking Soda
Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air (jangan terlalu cair). Lumurkan campuran ini ke bahagian muka yang paling banyak parut. Pastikan anda cuci muka menggunakan moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap 2 hari sekali.
Haa selepas selesai mengamalkan petua di atas, jangan sesekali gatal tangan nak kopek-kopek parut jerawat yang dah kering tu! Dah elok-elok parut nak cepat hilang, nanti terus makin banyak pula parut di muka tu.
SELAMAT MENCUBA~
Sumber : blogammar

