5 Minuman Untuk Meratakan Perut. No 3 Paling Sedap!
Memiliki perut buncit sememangnya sangat menganggu seseorang itu untuk memilih jenis baju yang hendak dipakai. Yela, kang pakai baju macam ini nampak pula perut buncit. Hehe.
Atau mungkin ada yang dah pergi bersenam tetapi perut buncit tetap menjadi peneman anda? Kalau itu terjadi, mungkin anda tidak mengamalkan corak permakanan yang betul.
Jom Abang Brian rungkaikan untuk anda satu per satu apa yang perlu anda lakukan.
- Air putih
Air putih sangat penting untuk kesihatan dalaman dan luaran anda, especially jika anda betul-betul ingin meratakan perut anda. Air putih dapat memecahkan lemak untuk menjadi tenaga dan mengangkut nutrisi ke otot untuk memelihara metabolisme badan anda. Cuba anda tambahkan beberapa hirisan lemon, jeruk atau timun ke dalam air putih untuk menaikkan rasa. Mungkin ia dapat menarik minat anda untuk terus minum air putih.
- Teh hijau
Teh hijau juga dikatakan dapat membantu mengurangkan lemak pada perut anda kerana kandungan antioksidannya.
- Smoothie
Smoothie yang dibuat dengan nanas mampu memberikan manfaat kerana enzim yang ada dalam nanas itu dapat membantu untuk memecahkan protein, mempermudah proses pencernaan, dan menghilangkan rasa kembung.
- Air halia
Ia dapat membantu menenangkan saluran gastrousus dan dapat membantu mengurangi kembung. Tambahkan halia parut segar ke dalam teh hijau atau rebus halia itu kemudian cincang untuk membuat teh halia.
- Teh papermint
Papermint mampu membantu proses pencernaan. Campurkan sedikit daun pudina ke dalam air panas atau teh hijau.
Sumber : id.wikihow.com

