Tidur Tanpa Bantal, Baik Untuk Kesihatan?
Tidur akan menjadi lebih nyenyak apabila menggunakan bantal. Ia menjadi tabiat semua orang bila nak tidur memerlukan bantal untuk keselesaan leher dan kepala.
Ada beberapa pendapat mengatakan bahawa tidru menggunakan bantal adalah kurang sihat dan tidak bagus. Betul ke?
Berikut adalah beberapa manfaat anda tidur tanpa menggunakan bantal.
1. Baik Untuk Leher
Sekiranya leher dan bahu anda sakit, tidur tanpa bantal adalah cara yang paling terbaik mencegah dan membantu mengatasi kesakitan tersebut.
2. Bantu Memulihkan Struktur Tulang
Pada mereka yang menghadapi masalah bongkok pada tubuh badan, tidak menggunakan bantal ketika tidur dapat membantu memulihkan serta meluruskan struktur tulang bongkok.
3. Baik Untuk Tulang Belakang
Tidur tanpa menggunakan bantal juga mampu mengubah posisi tulang belakang dan membolehkan tulang belakang berehat dalam posisi secara asal.
4. Bagus untuk Wajah
Kulit akan lebih menawan kerana tidur tanpa bantal juga dapat membantu mengurangkan kadar kedutan pada kulit wajah.
Sumber: koleksiviral.com, wittyfeed.com & google (gambar)

